01
Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti produk rosak melebihi lima puluh peratus (50%) sebelum dijual.
02
Selepas pembelian dibuat, tiada jaminan wang akan dipulangkan kecuali seperti yang disebut seperti perkara satu (1). Jika lima puluh peratus (50%) kecuaian kami, produk akan diganti semula selepas menerima gambar aduan dan produk rosak dikembalikan untuk semakan.
03
Semua urus niaga di Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan luar dari Malaysia adalah USDollar.
04
Pastikan nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan.
05
Sila sertakan bukti pembelian dengan cara memuat naik melalui whatsapp. Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24jam. sekiranya tiada sebarang maklum balas, sila hubungi nombor yang tertera di laman sesawang kami.
06
Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat. Wang tidak akan dikembalikan.
07
Semua barang adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa proses penghantaran oleh Pihak Perkhidmatan Kurier.
08
Kami memerlukan satu (1) hingga tiga (3) hari waktu bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, tiga (3) hingga lima (5) hari masa bekerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama. Walaubagaimana pun kami akan memastikan dan cuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran telah dibuat.
09
Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan.
10
Jika didapati barang dikembalikan kepada kami semula kerana anda tiada dilokasi alamat yang diberikan atau anda tidak menuntut barang di pejabat pos mengikut tempoh, untuk penghantaran semula anda perlu membayar caj penghantaran disebabkan atas kecuaian anda.
11
Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula kepada anda sama ada dalam sampul pos atau pemindahan wang ke akaun anda secara atas talian, ia akan dimaklumkan.
12
Segala maklumat anda akan disimpan untuk kegunaan pada masa akan datang sebagai rujukan dan tidak akan diberikan kepada pihak ketiga dan ianya dianggap sulit dan rahsia
Semua Terma & Syarat diatas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh berubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan perlu menyemak Terma & Syarat ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.
